meMEme
Friday, October 30, 2009
.: 2nd Birthday :.
Takde wat birthday party pon arini. Ayah pon xder, ada meeting kat Melaka. Just celebrate ngan TokMak, TokBah. Kuar g makan-makan, then TokMak TokBah belikan adiah. TokMak gave Muaz the Ride-on excavator and TokBah kasik Mixer Truck. Seswai lah ngan Muaz yg giler Excavator n' sume mega machine tuh. Ibu lak kasik Aquarium bersama ikan2 yg comel.... will buy that table-chair set tomorrow later k... n' Ayah is supposed to bought Muaz a bicyle (the bigger one).
Birthday cake pon kecik jeh with small yellow aeroplane on it. Muaz really like it, x sabar2 nak potong. Dah beli kek kecik pon still x abes makan.
We'll having ur birthday party later with ur cousins, okey....?!
Doa ibu sempena hari penuh bermakna ini.... Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Muaz, sentiasa beroleh hidayah-Nya, jadik anak yg soleh, jadi insan yg disenangi semua org, jadi budak yg bijaksana & beroleh kebahagiaan dan kegembiraan yg berpanjangan....amin....
Labels: Muaz
Sunday, October 18, 2009
.: Muaz Start Counting :.
Erm, xpe ke mcm tu? Kira x berapa berwawasan lah ibu Muaz ni eik... Tp, dlm gitu pun...ibu ada gak selit2 informal learning things kat dia especially masa main n' breastfeed. Dan yg ibu utamakan, melayan kerenah beliau sepenuh hati.
Alhamdulillah, at age 1+, Muaz started talking. N' now nak masuk age 2, mulut dia sgt lah riuh! Bila dah pandai ckp, pandai lah plak give order kat org! Pepagi kalo kat umah Tok Bah, dah pandai mintak' "Tok Bah, nak nasik agang!". Wa... dah siap boleh order nak makan ape...tambah pening lah ibu. Arini plak dia dok ngaruk nak brokoli. Payah plak ibu memujuk sbb xde sayur tu. Muaz...Muaz....
Tadi plak, sedang ibu dok iron baju... tetiba ibu dengar dia mengira.. bila intai2, rupanya tgh kira sweets dlm balang kuih raya. Alhamdulillah... walau pun ibu x ajar sgt pun, Muaz dah boleh mengira dgn betul before age 2. Terus tetiba rasa excited plak nak start mengajar dengan beria nya... tp, xpe la.. let him continue learn naturally....no force, no pressure...
Sembahyang pun dia dah pandai buat pergerakan, amek wuduk... Tapi bacaan, cuma tau Allah hu akbar...aje la! Bersin pun, pandai tutup mulut idung n cakap Alhamdulillah..
Alhamdulillah...Muaz memang terang hati... dalam 'gembeng2' Muaz, bijak jugak budak ni rupanya...
Labels: Muaz
La..Abes dah RAYA?
Tapi raya kali ni memang x best.. sebab utama, abang sekeluarga x dapat balik raya! Terus xde mood nak raya sakan. Sampai kan gambar raya pun lupa nak amek! Huuhuu... Dah tu, lepas abes je cuti raya, ayah bz memanjang... wiken plak, kami mem'bz'kan diri dok berulang ke kl jeh...sudahnya, x sempat lah berkunjung ke umah kekawan... kalo ada pon, takat g umah yg wat open house jeh. Agak2 kalo dah abes raya pun dtg beraya aci x?
Labels: Event
Sunday, September 13, 2009
.: Ramadhan yg Berlalu :.

Alhamdulillah.... sedar tak sedar dah nak abes pon sebulan umat Islam berpuasa... dan Syawal pun semakin hampir tiba. Dalam suasana beberapa hari nak raya ni, yg pasti bebudak lah yg paling seronok skali. Sana sini dok berdentam dentum meriahnya org bakar duit. Tokei2 kedai lak, paling manis senyumannya time gini. Surirumah sure lah dok kalut menghias umah dan wat kueh... Tp, sian kat satu golongan ni. Dalam org sumer dok hepi nak sambut raya, diorang jeh yg dok harap moga2 lambat lah lagik raya sampai. Itu lah dia, tukang2 jahit! (Including my mom!) hehe....
Namun, dlm kegembiraan kita nak raya ni, sama2 lah kita ingat2 juga Ramadhan yg hanya tinggal sedikit ni. Di waktu2 yg hujung ini lah ganjarannya berlipat ganda. Andai kita belum memanfaatkan sepenuhnya bln yg penuh kerahmatan, kemuliaan dan keampunan ni, masih belum terlewat lagi untuk mengejar segala ganjaran yg dijanjikan. Di harap di samping segala kesibukan menyambut Syawal, kita masih tidak lupa untuk mengaut segala ganjaran yg dijanjikan Allah di bulan mulia ini. Kerana belum pasti, adakah tahun hadapan kita masih berpeluang bertemu Ramadhan lagi.
Sebagai penutup, sama-sama kita renungkan hadith ini. Semoga kita beroleh keghairahan untuk merebut ganjaran di hari-hari akhir ini, Insya-Allah.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."Labels: blogthings
Monday, June 29, 2009
Rejab - Bulan Penuh Kemuliaan dan Pengampunan
- Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
- Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
- Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
- Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
- Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
- Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
- Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
- Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
- Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
- Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
- Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
- Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
- Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
- Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
- Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Lain-lain:
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
- Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
- Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
- Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
- Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
- Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
- Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
- Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
- Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
- Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
- Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
- Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Sahabat sekalian,
Semoga apa yang dicatatkan ini mampu memberi manfaat buat kita semua dalam meningkatkan ibadat kita kepada Allah SWT. InsyaAllah.
Disalin dari: http://sweetsourbittersweetofzai.blogspot.com/2009/06/fadhilat-bulan-rejab.html
Labels: Fadhilat
Monday, February 09, 2009
.: buku :.
so, ada cadangan x apa2 buku yg best utk d cari?
.: Sedikit Update abt Si Muaz :.
Labels: My Muaz
Tuesday, January 06, 2009
.: Muaz is Back! :;
Wednesday, April 16, 2008
.: . . . :.

Dear people....
Sorry for the long silence... Serdang is having problem with the streamyx...so, ibu muaz cannot blogging for this mean time.. plus I'm very busy with the thesis. Pray the best for ibu ok!
Labels: announce