meMEme

Sunday, September 13, 2009

.: Ramadhan yg Berlalu :.


Alhamdulillah.... sedar tak sedar dah nak abes pon sebulan umat Islam berpuasa... dan Syawal pun semakin hampir tiba. Dalam suasana beberapa hari nak raya ni, yg pasti bebudak lah yg paling seronok skali. Sana sini dok berdentam dentum meriahnya org bakar duit. Tokei2 kedai lak, paling manis senyumannya time gini. Surirumah sure lah dok kalut menghias umah dan wat kueh... Tp, sian kat satu golongan ni. Dalam org sumer dok hepi nak sambut raya, diorang jeh yg dok harap moga2 lambat lah lagik raya sampai. Itu lah dia, tukang2 jahit! (Including my mom!) hehe....

Namun, dlm kegembiraan kita nak raya ni, sama2 lah kita ingat2 juga Ramadhan yg hanya tinggal sedikit ni. Di waktu2 yg hujung ini lah ganjarannya berlipat ganda. Andai kita belum memanfaatkan sepenuhnya bln yg penuh kerahmatan, kemuliaan dan keampunan ni, masih belum terlewat lagi untuk mengejar segala ganjaran yg dijanjikan. Di harap di samping segala kesibukan menyambut Syawal, kita masih tidak lupa untuk mengaut segala ganjaran yg dijanjikan Allah di bulan mulia ini. Kerana belum pasti, adakah tahun hadapan kita masih berpeluang bertemu Ramadhan lagi.

Sebagai penutup, sama-sama kita renungkan hadith ini. Semoga kita beroleh keghairahan untuk merebut ganjaran di hari-hari akhir ini, Insya-Allah.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Labels:

posted by Suraya at 8:25 PM 0 comments